Sabtu, 23 Oktober 2010

Ya Allah jinakkan hatiku menghafaz kitabMu

Sebuah tulisan yang memberi anda motivasi untuk selalu rajin untuk berinteraksi dengan al Quran.
Di tulis dengan gaya bersahaja. Merangkumi fadilat membaca, menghafaz seta teknik berkesan untuk menghafaz. Dititipkan sama tips-tips yang boleh dilaksanakan untuk mengekalkan hafazan al Quran.

Faedah Menulis:
1) Memenuhi tuntutan dakwah melalui tulisan.
2) Mematangkan gagasan dan pemikiran.
3) Berkongsi maklumat yang baik untuk peningkatan diri
4)Menifestasi syukur terhadap nikmat akal.
5) Terjemahan syukur terhadap nikmat Iman dan Islam dengan menyebarluas makna-makna hidayah yang telah kita perolehi.
6) Mengusahakan sesuatu yang kekal hidup setelah kita mati.
7) Meraih kepuasan apabila gagasan kita mengalir ke minda orangramai dan menyebutnya atau beramal dengannya.

Selasa, 4 Mei 2010

Rezki dalam batu

"Tiada binatang yang melata di muka bumi melainkan Allah yang memberi rezkinya".Surah Hud
Manusia dituntut berusaha mencari rezki yang halal.Hakikatnya Allah saja yang mengurniakan segala rezki. Lihatlah burung, keluar dari sarangnya dengan perut yang kempes, namun pulang di petang hari perutnya berisi. Burung perlu keluar dari sarangnya ,mematuk dahan kayu, mengcungkil ulat yang berada di perut kayu. Itulah rezkinya.Begitu manusia ,perlu keluar, bekerja , lakukan pekerjaan yang halal.Di situlah Allah memberikan rezki.