Jumaat, 30 Oktober 2009

Ya Allah inilah usahaku yang sekelumit


Munajat......
Ya Allah,kaulah tuhanku, tiada tuhan selainmu, engkau menciptaku, aku sahayamu, aku di bawah kekuasaanmu,aku di bawah janjimu semampuku, aku mohon perlindungan dari kejahatan perangaiku,aku mengakui dosa-dosaku,ampuni aku,kerana tiada yang mengampun dosa kecuali engkau.

Ya Allah ,inilah anak-anak didikku,aku serahkan mereka agar kau pimpin ke jalanmu,inilah usaha yang sekelumit dapat aku laksanakan, namun engkaulah yang maha berkuasa menetapkan hati mereka.Ya Allah ,peliharalah mereka walau dimana mereka berada.Bimbinglah mereka ke arah jalan yang engkau redhai. Amin.

"Kambing yang telah disembelih tidak merasai kesakitan dilapah"

Begitu pesan Asma bt Abu Bakar kepada anaknya Abdullah bin Zubir. Dengan pandangan mata yang rabun, Asma menyentuh anaknya,"Apa ini ?"." Baju perang bu"jawab Abdullah".Asma menemplak"Bukan begini orang yang ingin mati shahid wahai anakku"."Pakailah seluar agar kau lebih mudah dan tangkas bergerak"

Melentur Buluh


"Melentur buluh biar dari rebungnya" begitu bunyi peribahasa Melayu yang mashyur dalam bab mendidik anak.Begitulah perihatinnya orang-orang Melayu dulu.Hasil pengalaman mereka dititipkan untuk kita agar jangan terlewat mendidik anak.Salah satu aspek yang penting dalam pendidikan anak perempuan ialah didikan menutup aurat dengan sempurna.Ramai wanita dewasa tidak menutup aurat mengikut syariat dengan sempurna.Mereka terikut-ikut dengan fesyen dan trend artis.Kadang memakai tudung tapi berbaju t shirt lengan pendek.Ada yang lebih teruk berseluar jeans ketat tapi bertudung.Perkembangan terkini ada pelajar agama yang siang bertudung labuh, malam berskirt menjadi GRO di pusat karoeke.
Jadi anak-anakku didiklah anak-anak kamu nanti mentaati Allah sejak kecil.Anak yang tumbuh dengan mentaati Allah akan dapat naungan Allah di hari akhirat.

Rabu, 28 Oktober 2009

Tergigit lidah


Lumrah kehidupan berumahtangga, terkadang berlaku selisih faham.Walau dijaga dengan baik ianya sukar dielakkan.Hikmahnya banyak antaranya meningkatkan kefahaman antara suami isteri.Menyedari dan memaafkan kesilapan.Meletakkan asas-asas peraturan berumahtangga dengan tahap toleransi yang tinggi.

Cubalah memahami pasangan anda,jangan ego untuk mengaku kesilapan.Mulakan dengan meminta maaf.Hargai pasangan anda.Letakkan agama sebagai asas rumahtangga.Hidupkan amalan fardhu dan sunat dalam rumah.Biasakan solat berjemaah di masjid.

Semoga hidup anda bahagia.

Kambing Panggang



Antara menu yang dipamerkan dan dijual di bazar arab adalah kambing panggang. Kambing adalah makanan yang amat mashyur kalangan asyarakat Arab.Mereka lebih mengutamakan kambing berbanding lembu. Namun begitu jarang saya dengar orang Arab di hinggapi sakit jantung. Semasa belajar di Moroko dulu sekitar 1987-1991, tak pernah dengar saudara kawan-kawan Arab meninggal dunia akibat sakit jantung.Mungkin Arab makan kambing lalu ditawarkan racunnya dengan meminum susu masam.Arab Moroko amat gemar makan buah zaiton jeruk selain mereka rajin makan salatah (sayur segar mentah bercampur cuka dan minyak zaiton).
Ayoh kita jaga kesihatan kita dengan banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran mentah.
Oh berbalik kepada kambing panggang tadi, nampaknya ada sambutan yang menggalakkan, ramai orang yang sempat merasa daging kambing panggang itu memberi maklum balas yang memuaskan. Ada yang tanya ramuan. Senang saja mula-mula potong bawang dan tomato potongan dadu.Tomato kena banyak sesuai dengan seekor kambing. Lepas itu tumis bawang,kulit kayu manis, kunyit, dan serbuk rempah. Masukkan air kerana kita akan kukus kambing itu di atas wap masakan tadi.Kukus kambing hingga empuk 3/4 masak.Kemudian sediakan ramuan perapan kambing iaitu rempah,bawang kisar ,garam,gula,sos tiram,halia,serai dll.Perap kambing dengan ramuan tadi. Biarkan perapan itu lebih kurang 1/2 jam.Kemudian panggang kambing itu di atas bara.Jika ada bahagian yang kurang masak ketika kita hidangkan maka bolehlah kita memasukkan potongan kambing yang tidak masak tadi ke dalam kuah yang telah kita masak tadi dan panaskan.Kuah kambing bergitu mirip "tagine" sejenis masakan daging dengan sayuran yang terkenal di negara-negara utara Afrika. Selamat mencuba.

Selasa, 27 Oktober 2009

MAHRAJAN LUGHAH ARABIAH


Mahrajan Lughah Arabiah IPG Zon Utara 2009.
JPIM IPG Kampus Tuanku Bainun telah berjaya menganjurkan mahrajan ini.Aktiviti besar yang dijalankan ialah pertandingan Hiwar,Kalimatus Sobah, Terjemahan dan Nashid. Selain itu diadakan suuk arabiah(bazar arab). Selain melihat pelatih2 berniaga, kita dapat melihat "pak arab" yang dijemput khas dari USM untuk menjual produk2 arab.
Mahrajan kali ini menampakkan kita bahawa:
Kerjasama penting dalam membuat program.Usaha maksima kita perlu lakukan,selebihnya kita serahkan kepada Allah.Pelajar dapat merasai keikhlasan kita lalu terpanggil untuk berkorban masa dan kerehatan jika mereka melihat pensyarah mereka bertungkus lumus.Bayangkan ada pelajar yang sanggup menunggu kambing panggang sampai jam 4 pagi.Seorang pelajar sanggup menunggu pensyarah sampai jam 2.00 pagi untuk mendapatkan bahan bagi menguruskan pertandingan terjemahan.Banyak lagi contoh lain yang luar biasa diperlihatkan oleh pelajar dan pensyarah.Di situlah letaknya kepuasan bekerja.Puas bila melihat anak didik kita juga menjadi seorang guru yang sanggup berkorban,kerja lebih masa dan lain-lain lagi.Bangga rasanya melihat pelatih dari opsyen lain tertatih-tatih bercakap arab untuk membeli sesuatu di bazar arab.
Semoga Mahrajan Lughah Arabiah akan kembali lagi bagi melonjakkan semangat bercakap Arab kalangan warga IPG Zon utara,khususnya IPG Kampus Tuanku Bainun.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Khemah Ibadah IPG Kampus Tuanku Bainun 2009


Jam 7.17 pagi aku telah selamat melintasi kawasan sesak pekan Lunas untuk ke pejabatku di IPG Kampus Tuanku Bainun. Hari ini merupakan hari pertama kem yang aku uruskan. Program hari ini ialah tentang menguruskan mayat. Pak Shekh Hussin Ismail dari Masjid Al Huda Kilang Lama menjadi penceramah. Belum lagi jarum jam menunjukkan pulul lapan aku dipanggil Ust Syakib dengan cemas"Van Jenazah dah sampai". Shekh Husin bersama teamnya telah sampai lengkap dengan peralatan jenazah. Begitu komited Shekh Husin menaburkan ilmu fikh mayit kepada kami. Semoga Allah membalasmu ya shekh hadralmaut.

Lepas asar Ust Rizal ambil alih melaksanakan kembara iman. Ust. Rizal berjaya menitiskan air mata sebahagian besar guru KPLI ini dengan doanya yang shahdu. Tahniah Ust. Rizal.
Pelajar KPLI diagihkan kerja memasak, depa cekap, dah dewasa guru-guru ini.

Ada juga yang tuang tak hadir atau hadir di pertengahan sesi program.
Lepas asar pelajar dimaklumkan tentang tasmik ayat quran dan doa harian. Kelihatan bakal-bakal cikgu ini pulun menghafaz item yang akan disoal. Jika ini berlaku berterusan akan berilmulah mereka.
Esok 4.30 ada qiamulail. Harap semua pelajar KPLI dapat hadir program ini.
Sekian cacatan hari ini.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Warkah buat guruku....


Dengan penuh semangat kau mulai langkah pertamamu di bumi tercinta ini.
Menelusuri perjalanan seorang guru.
Sumbang langkahmu, lalu dibentur senior dan sifumu.
Kau tegar menimba titisan ilmu buat jatidiri seorang guru.
Kini kau telah rimbun, tumbuh subur sosok guruku
Seolah kau bersamaku baru sepetang cuma.
Tidak banyak kesempatan aku membimbingmu.
Kini hari konvomu kian hampir.
Kau bakal dinobatkan watak guru.
Kau bakal tersebar seantero tanahair bumiku.
Menabur bakti dan keringat.
Membangun anak bangsa sejagat.
Ingatlah wahai guruku.
Apakah pencarianmu? duit, pangkat, derajat, dg 44, dg48 atau lainnya.
Pesanku , carilah kepuasan dalam keringat yang mengalir deras mencorak minda bangsamu.
Kerna itulah kehidupan, kehidupan yang bererti.
Layak musafir seorang guru.