Antara menu yang dipamerkan dan dijual di bazar arab adalah kambing panggang. Kambing adalah makanan yang amat mashyur kalangan asyarakat Arab.Mereka lebih mengutamakan kambing berbanding lembu. Namun begitu jarang saya dengar orang Arab di hinggapi sakit jantung. Semasa belajar di Moroko dulu sekitar 1987-1991, tak pernah dengar saudara kawan-kawan Arab meninggal dunia akibat sakit jantung.Mungkin Arab makan kambing lalu ditawarkan racunnya dengan meminum susu masam.Arab Moroko amat gemar makan buah zaiton jeruk selain mereka rajin makan salatah (sayur segar mentah bercampur cuka dan minyak zaiton).
Ayoh kita jaga kesihatan kita dengan banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran mentah.
Oh berbalik kepada kambing panggang tadi, nampaknya ada sambutan yang menggalakkan, ramai orang yang sempat merasa daging kambing panggang itu memberi maklum balas yang memuaskan. Ada yang tanya ramuan. Senang saja mula-mula potong bawang dan tomato potongan dadu.Tomato kena banyak sesuai dengan seekor kambing. Lepas itu tumis bawang,kulit kayu manis, kunyit, dan serbuk rempah. Masukkan air kerana kita akan kukus kambing itu di atas wap masakan tadi.Kukus kambing hingga empuk 3/4 masak.Kemudian sediakan ramuan perapan kambing iaitu rempah,bawang kisar ,garam,gula,sos tiram,halia,serai dll.Perap kambing dengan ramuan tadi. Biarkan perapan itu lebih kurang 1/2 jam.Kemudian panggang kambing itu di atas bara.Jika ada bahagian yang kurang masak ketika kita hidangkan maka bolehlah kita memasukkan potongan kambing yang tidak masak tadi ke dalam kuah yang telah kita masak tadi dan panaskan.Kuah kambing bergitu mirip "tagine" sejenis masakan daging dengan sayuran yang terkenal di negara-negara utara Afrika. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan